Sempena Minggu Hal Ehwal Murid, pertandingan taman angkat telah diadakan pada 11 Mac 2011. Semua kelab / persatuan / badan beruniform yang mempunyai taman angkat telah menyertainya.

Berikut adalah senarai pemenangnya :

  1. Taman Angkat Persatuan Kemahiran Hidup (pertama)
  2. Taman Angkat Kelab Bimbingan & Kauseling (kedua)
  3. Taman Angkat Kelab Sains & Matematik (ketiga)

Review :

  • Sebanyak 15 taman angkat di SMKPP yang menyertai pertandingan yang diadakan
  • Setiap taman angkat telah dihias dengan ceria dan kemas
  • Setiap tumbuhan dan bunga telah dilabel dengan nama saintifik dan ‘local name’
  • Guru dan pelajar telah bekerjasama untuk menceriakan taman angkat  masing-masing

Impak :

  • Menceriakan kawasan sekolah dengan tumbuhan dan bungaan
  • Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan tumbuhan dalam membekalkan oksigen kepada manusia
  • Menanam sikap suka berkebun di kalangan pelajar
  • Menambah pengetahuan pelajar dan guru mengenai nama bunga dan tumbuhan yang telah dilabelkan ketika pertandingan ini
  • Memupuk semangat kerjasama yang erat antara pelajar dan guru

Cadangan :

  • Terdapat taman angkat yang perlu dihias dengan bungaan supaya kelihatan lebih ceria dan menarik
  • Mengadakan pertandingan menanam sayuran di antara pelajar