Pada 6 & 7 April lepas, telah diadakan Pameran Minggu Akademik untuk semua bidang di SMKPP. Bidang yang terlibat adalah bidang Bahasa, Sains & Matematik, Kemanusiaan dan Teknik & Vokasional. Bidang Sains & Matematik telah menggunakan bahan kitar semula dalam setiap pameran yang dipamerkan. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap penggunaan bahan kitar semula seperti bekas sarang telur. Selain itu, Bidang Sains & Matematik juga telah mengambil peluang ini untuk memberi kesedaran tentang ‘SAVE OUR SEA (SOS) CAMPAIGN’ kepada pelajar.

Review :

  • ‘Food Web’  telah dihasilkan oleh pelajar Tingkatan 5 Delima dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula. ‘Food Web’ ini adalah berkaitan dengan ‘Balance Of Nature’
  • Tampalan yang dihasilkan telah dihiaskan dengan bekas sarang telur
  • ‘SAVE OUR SEA CAMPAIGN’ telah menarik minat pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan penggunaan bahan-bahan kitar semula. Bahan kempen adalah merangkumi konsep pemeliharaan coral dan hidupan laut seperti penyu

Impak :

  • Menarik minat pelajar tentang contoh cara penggunaan bahan kitar semula dalam dekorasi kelas / pameran
  • Memupuk kesedaran pelajar tentang kepentingan coral dan hidupan laut

Cadangan :

  • Menjalankan ‘SAVE OUR SEA CAMPAIGN’ secara menyeluruh ke sekolah