Pada 13 April 2011, telah diadakan Taklimat Solar Boat peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Taklimat ini telah diadakan di SMK Taman Melati, Gombak, Kuala Lumpur bermula pukul 9.00 pagi hingga pukul 1 petang. 5 buah sekolah yang terlibat dalam BP myScience Challenge 2011 telah hadir iaitu

  1. SMK (Perempuan) Pudu
  2. SMK Taman Melati
  3. SMKA Kuala Lumpur
  4. SM Sains Selangor
  5. SMK Teknik Kuala Lumpur

Pada sesi taklimat ini juga telah diadakan sesi penyerahan panel solar boat kepada setiap sekolah.