Tarikh : 21 April 2011

Tempat : Bilik Audio Visual, SMKPP

Pertandingan ini disertai oleh 52 orang pelajar dan seorang pelajar pembantu. Kelas yang menyertai pertandingan ini adalah kelas 4 Akik dan 4 Intan. Pelajar dibahagikan kepada empat orang 1 kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberikan tugas yang mesti dijalankan untuk memastikan kumpulan mereka menang.

fossil fuel 1

Fossil Fuel 2

Sebelum pertandingan bermula, Encik Zukifli Othman, Wakil BP Asia Pasific (M) Sdn. Bhd. memberikan penerangan serba sedikit mengenai Pertandingan Trading Game. Beliau turut mengedarkan bahan-bahan pameran seperti fossil fuel kepada pelajar.

Pembantu En. Zuk

Pertandingan dimulakan dengan pemilihan ahli kumpulan dan pembahagian tugas ahli kumpulan. Encik Zukifli turut memberikan penerangan kepada pembantu beliau. Setiap kumpulan akan dibahagikan tugas seperti berikut :

  • Chair Person
  • Market Analyst
  • Trader
  • Accountant

Chair Person

market analyst

Trader

Selepas selesai sesi pembahagian tugas, Encik Zukifli memberi penerangan prosedur pertandingan. Semua pelajar  mendengar taklimat yang diberikan dengan teliti. Setiap kumpulan mempunyai seorang chair person (dark blue), market analyst (dark green), accountant (yellow) and Trader (red).

.

Penerangan Trading Game

  • Chair Person : Bertindak sebagai ketua kumpulan dan berhak membuat keputusan untuk kumpulan
  • Market Analyst : Bertindak sebagai pencatat kenyataan media dan melaporkan kepada ahli kumpulan
  • Trader : Bertindak sebagai penganalisis kenyataan / laporan yang dibuat oleh market analyst dan memberikan cadangan kepada tindakan seterusnya (jual / beli)
  • Accountant : Bertindak sebagai pengurus kewangan dan akaun kumpulan

market analyst mendapatkan maklumat media

Trader menganalisis stok kumpulan

a company (chair person, market analyst, trader, accountant)

Pada akhir pertandingan, Encik Zukifli mengumumkan kumpulan yang berjaya mengumpul aset tertinggi. Kumpulan tersebut telah mendapat hadiah berupa baju tshirt BP myScience setiap seorang.

Pemenang Trading Game