Lima buah bandar dinobatkan sebagai kawasan paling hijau di dunia. Bandar ini sebenarnya bukanlah hanya setakat mempunyai kawasan hijau tetapi usaha mereka ke arah memperbaik jejak (footprint) mereka.

1.  REYJAVIK, ICELAND

Bandar ini merupakan bandar yang secara menyeluruh menggunakan kuasa daripada tenaga semulajadi termasuklah geotermal dan hidroelektrik. Selain itu, sistem pengangkutan di sana turut menggunakan teknologi gas hidrogen dan ini menjadikan bandar mereka dinobatkan sebagai bandar yang terbersih di negara Eropah.

Reyjavik, Iceland

2. PORTLAND, OREGON, AMERIKA SYARIKAT

Walaupun terdapat banyak bandar di Amerika Syarikat yang tersenarai di dalam Carta Bandar Terhijau, tetapi bandar ini merupakan bandar yang pertama menggunakan sistem transit ringan (light-rail) dan mewujudkan jaringan laluan basikal yang komprehensif supaya penduduk tidak perlu menggunakan kereta. Bandar ini juga merupakan antara bandar yang pertama berjanji akan mengurangkan pelepasan karbon dengan menggunakan bahan binaan lestari.

Portland, Oregon, Amerika Syarikat

3. CUITIBA, BRAZIL

Bandar ini lebih menumpukan aktiviti penyelenggaraan kawasan mereka dengan menggunakan kaedah penghijauan. Sebagai contoh, pemotongan rumput di taman menggunakan kambing biri-biri. Bandar ini juga terkenal dengan sistem pengangkutan transit awam yang terbaik, di mana masyarakat setempat digalakkan untuk tidak menggunakan kereta.

Cuitiba, Brazil

4. MALMO, SWEDEN

Malmo merupakan salah sebuah bandar yang terbesar di negara Sweden yang mengalami pembangunan yang pesat. Tumpuan diberi kepada pembangunan kawasan hijau (green space). Bandar ini bukan hanya dikenali dengan taman yang indah tetapi juga pembangunan bandar lestari. Persekitaran bandar ini dianggap sebagai mesra alam.

Malmo, Sweden

5. VANCOUVER, CANADA

Vancouver dikenali sejak percubaan mereka mengadakan kejohanan Olimpik musim sejuk mesra alam. Bandar ini ditempatkan di tempat lima teratas sebagai bandar paling hijau di dunia kerana aktiviti harian mereka yang dianggap sebagai mesra alam. Sembilan puluh peratus bandar Vancouver menggunakan tenaga hidroelektrik. Angin, solar, ombak dan kejadian pasang surut yang digunakan sebagai sumber tenaga telah menjadikan bandar ini terus kekal hijau. Tambahan lagi, bandar ini juga mempunyai beberapa lagi perancangan buat masa hadapan untuk terus hijau.

Vancouver, Canada