HEALTHY :

Coral Reef

Coral Reef

Coral Reef

Coral Reef

Selain peningkatan suhu Bumi, peningkatan kandungan gas Karbon Dioksida di atmosfera juga menyebabkan satu lagi fenomena yang amat membimbangkan, iaitu peningkatan kandungan asid di dalam laut. Karbon Dioksida di dalam atmosfera boleh terlarut di dalam laut. Dalam keadaan kandungan Karbon Dioksida atmosfera yang normal, pelarutan gas ini boleh bertindak mengawal kandungan asid dalam air laut. Namun begitu, apabila kandungan gas Karbon Dioksida mula bertambah, proses asidifikasi air laut akan bermula. Pertambahan Karbon Dioksida disebabkan oleh aktiviti manusia dalam jangkamasa 100 tahun kebelakangan ini, dijangka akan menyebabkan kandungan asid di dalam laut bertambah dengan banyak berbanding asidifikasi tabii yang terjadi sejak sekurang-kurangnya 800, 000 tahun terakhir ini. Kandungan asid yang tinggi di dalam lautan boleh membahayakan organisma yang berlindung di dalam cengkerang kalsium karbonat seperti terumbu karang, pelbagai jenis siput dan kerang serta beberapa jenis plankton.

Dari kajian yang telah dilakukan, keadaan ini akan menyebabkan kerosakan teruk ke atas hidupan marin yang memerlukan kalsium karbonat untuk cengkerangnya. Apabila gas Karbon Dioksida melarut dalam air, ia akan membentuk asid karbonik dan ini akan merendahkan pH air lautan. Akibatnya, terumbu karang, siput pteropod dan plankton tidak akan dapat membina cengkerang mereka dengan baik. Ini telah dibuktikan melalui beberapa pemerhatian yang dibuat oleh para saintis terhadap terumbu karang di beberapa kawasan terumbu karang di dunia. Mereka mendapati bahawa pertumbuhan komuniti hidupan marin ini sudah mula terbantut dan terumbu kehilangan warna (coral bleaching).

BLEACHED :

Coral Bleaching

Coral Bleaching

Coral Bleaching

Coral Bleaching

Coral Bleaching