1. Bila keluar membeli-belah, bawalah beg bersama anda. Ini boleh memuatkan belian anda yang kecil dan sekaligus akan mengurankan penggunaan beg plastik.

A green bag

2. Rumput yang telah dipotong ataupun daun kering adalah bahan-bahan yang sangat baik untuk dijadikan kompos. Bahan-bahan ini amat berguna sebagai baja organik di kebun anda.

Baja Kompos

3. Jangan bakar sampah-sarap di kebun anda. Tindakan tersebut akan menambahkan pencemaran udara persekitaran anda di samping mengganggu jiran-jiran anda.

Elakkan pembakaran terbuka

4. Amalkan tabiat suka menanam bunga-bunga ataupun tanaman renek di halaman rumah anda. Selain daripada mencantikkan pemandangan rumah anda, bunga-bungaan ini juga boleh menarik serangga berwarna-warni seperti rama-rama ke kebun anda.

Bunga-bungaan

5. Bila berkelah di tepi pantai, bersihkan kawasan sekitar tempat anda berkelah. Kumpulkan plastik, botol-botol atau tin kosong dan buangkan ke dalam tong yang disediakan. Ini akan membantu mengindahkan pantai di negara kita.

Sampah-sarap di pantai

6. Bila melawat ke taman-taman alam, hargailah bunyi di sekeliling anda. Jangan membuat bising yang terlampau kuat kerana ini akan menganggu hidupan yang terdapat di sana.

Jangan bising ...