Taman Laut merupakan suatu zon kawasan laut dari paras air surut hingga ke 3.2 km di sekeliling pulau yang digazetkan. Kawasan ini manjadi satu santuari bagi perlindungan dan pemuliharaan terumbu karang dan hidupan marin.

Taman Laut Pulau Redang (Terengganu)

Setakat ini, Malaysia mempunyai 40 buah pulau yang terletak di bawah lima gugusan kepulauan taman laut iaitu :

  • Taman Laut Pulau Payar (Kedah)
  • Taman Laut Pulau Redang (Terengganu)
  • Taman Laut Pulau Tioman (Pahang)
  • Taman Laut Mersing (Johor)
  • Taman Laut Pulau Labuan (WP Labuan)

Coral Reef

Sea Anemone

Taman Laut bertujuan untuk :

  • memelihara dan melindungi ekosistem marin terutamanya kawasan terumbu karang dan organisma berkaitan di kawasan tersebut
  • melindungi dan memelihara kawasan terumbu karang untuk pemuliharaan kepelbagaian biologi, untuk kepentingan pendidikan, penghayatan alam semulajadi rekreasi/eko-pelancongan
  • meningkatkan dan mengekalkan habitat supaya orang ramai dapat bersama-sama menikmati kekayaan warisan kita

Hidupan marin di Pulau Redang

Kawasan terumbu karang

Hidupan marin di Pulau Payar

Terumbu karang boleh diibaratkan sebagai “hutan tropikal di laut” yang menyediakan kawasan yang ideal untuk hidupan marin. Kawasan terumbu karang menyokonng lebih daripada 25% kehidupan marin.

Tapak Sulaiman (Crown-of Thorns), sejenis haiwan laut yang menjadi pemangsa kepada terumbu karang