Penyambungan litar dalam pemasangan solar panel sangat penting kerana ia mempengaruhi kuasa yang akan dibekalkan kepada motor. Dalam penyambungan litar, pemasangan secara bersiri atau selari  digunakan. Pemasangan litar secara selari memberikan jumlah kuasa yang lebih besar dibandingkan dengan jumlah kuasa yang diberikan oleh pemasangan litar secara bersiri.

Ekseperimen telah dijalankan untuk menguji litar yang memberikan kuasa yang lebih besar.

Hasil eksperimen, didapati litar selari memberikan kuasa yang lebih besar dibandingkan dengan kuasa yang dibekalkan oleh litar bersiri. Oleh itu, dalam pemasangan solar panel ini, perlu dilakukan pemasangan litar secara selari untuk memaksimumkan kuasa yang akan dibekalkan kepada motor.