Here we come… !!! Flora & fauna in the school…

On our ‘SUKAN TAHUNAN SMKPP‘, we choose the theme “Flora & Fauna in the school

….. Sprenger (Orange), Foss (Red), Gage-Brown (Brown), Vandort (Green), MaryWood (Yellow), Hall (Blue)…

This slideshow requires JavaScript.

  • MARYWOOD

Bunga matahari telah dipilih sebagai maskot bagi pasukan Marywood. Bunga matahari yang mewakili tenaga suria dipilih kerana sifatnya melambangkan semangat puteri Marywood yang membara dan sanggup menyahut cabaran. Warna kuning pada kelopak bunga matahari melambangkan semangat juang yang kental. Yang menariknya, puteri Marywood menyahut cabaran dengan perasaan yang ceria dan gembira seceria bunga matahari yang mekar. Malah, warna kuning turut melambangkan kemakmuran, keanggunan dan sifat optimistik puteri Marywood.

  • FOSS

Maskot bagi rumah Foss ialah Bunga Raya. Dikenali sebagai bunga sepatu merupakan sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunganya besar, keras, merah dan mempunyai 5 kelopak. Merah melambangkan semangat berani dan berjiwa kental ahli – ahli Foss untuk menghadapi setiap cabaran. Bunganya yang keras melambangkan kepelbagaian bangsa ahli Foss yang hidup bekerjasama dan harmoni. 5 kelopak melambangkan 5 pecahan prinsip Rukun Negara yang sentiasa dipatuhi dalam kehidupan warga Foss. Ia juga melambangkan perpaduan berbilang kaum dan agama ahli-ahli Foss.

  • HALL

Bunga pilihan Hall ialah Morning Glory. Go, Go, Glory, Hall Go, Glory. Warna biru kundang pada morning glory atau seri kembang pagi melambangkan keteguhan dan kematangan ahli-ahli rumah Hall dalam mengejar kecemerlangan dan kejayaan. Putih dan kuning nencorakkan kebiruan melambangkan keceriaan dan kegemilangan yang dikecapi. Maskot Hall ialah rama-rama biru melambangkan kecintaan ahli-ahli Hall kepada flora dan fauna yang saling melengkapi warna kehidupan.

  • SPRENGER

Labu jingga telah dipilih sebagai maskot rumah Sprenger pada tahun ini. Kegagahan dan kekentalan semangat labu menjalar dalam sanubari anak-anak Sprenger. Sifatnya yang tahan lasak menjadi inspirasi dan motivasi kepada setiap ahlinya. Berjiwa besar, berdaya saing dan bersemangat pahlawan menjadi ikutan dan prinsip warga Sprenger. Sprenger akan terus ke mercu kejayaan berbekalkan semangat pahlawan.

  • VANDORT

Pada tahun ini, rumah Vandort telah memilih kaktus sebagai maskot. Kaktus berduri bukan bererti garang, tetapi telah menjadi perisai demi kehormatan sejagat. Sifat kaktus yang tabah mengharungi cabaran demi kemandirian hidupnya di padang pasir, menjadi inspirasi dan ikon kepada setiap atlet dan ahli rumah Vandort. Warnanya melambangkan kebangkitan kehijauan yang menonjolkan semangat juang yang tinggi untuk menggenggam sejuta impian. Duri-duri yang terdapat pada pokok kaktus sedikit pun tidak mencalar semangat pasukan Vandort. Hijau, kemarau dan ribut petir, tidak akan mematahkan semangat Vandort dam kaktus yang terus membara.