Notice Board

Tema : Global Warming

Lokasi : Makmal 4

Global warming

Tahukah anda bahawa suhu di Siberia pada tahun 1995 meningkat sebanyak tiga darjah celcius berbanding tahun-tahun sebelumnya! Tahun 1995 juga dianggap sebagai tahun terpanas dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Mengapakah keadaan ini terjadi? Saintis dunia menamakannya fenomena pemanasan global (global warming)

global warming

Pemanasan global membawa maksud keadaan di mana terjadinya kenaikan suhu dunia. Kenaikan suhu ini adalah akibat daripada peningkatan kepekatan gas-gas rumah kaca (greenhouse gases).

Gas-gas rumah kaca terdiri daripada :

  • gas karbon dioksida
  • metana
  • nitrous oksida
  • wap air
  • klorofluorokarbon
  • ozon
  • gas-gas nadir

 

Tema : A Green Community

Lokasi : Pusat Sumber Sekolah

A Green Community

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘A Green Community’ ataupun ‘Komuniti Hijau’? Komuniti Hijau membawa maksud

  • pemuliharaan alam
  • menyediakan kaedah alternatif untuk pengangkutan
  • menyediakan kemudahan rekreasi
  • penggunaan sumber alam secara berhemah

Kesihatan komuniti kita bergantung kepada bagaimana kita merancang dan melaksanakan pembangunan. selari dengan perkembangan teknologi, kita sebenarnya mengubah kehidupan kita.

Komuniti Hijau juga membawa impak yang besar dalam keseimbangan alam. keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. kehidupan kita akan lebih sejahtera jika kita hidup dalam alam yang menghijau dan udara yang bersih.

Tema : Nature : Our Heritage

Lokasi : Makmal 3

Alam semulajadi adalah khazanah kita yang tidak ternilai harganya. Generasi kita yang akan datang tidak mungkin dapat melihat khazanah ini jika aktiviti pemuliharaan tidak bermula daripada sekarang. Bumi yang kita diami kini semakin sakit kerana kerakusan aktiviti manusia. Alam semulajadi memainkan peranan yang penting dalam pembekalan udara yang bersih.

Tanpa alam semulajadi ini, udara akan dicemari dengan asap dan debu yang boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas. Selain itu, alam semulajadi juga dapat mengawal ekosistem kita supaya lebih stabil. Ekosistem yang terjejas akan menyebabkan habitat hidupan darat dan air akan terjejas. Ini juga merupakan faktor penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Antara faktor yang menyebabkan kepupusan adalah kerana habitat hidupan tersebut yang terjejas teruk akibat daripada ekosistem yang tidak stabil. Kini, alam semulajadi merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi negara melalui aktiviti pelancongan. Ekosistem yang stabil akan membawa kepada kehidupan alam semulajadi yang menarik dan seterusnya akan meningkatkan bilangan pelancong saban tahun. Namun begitu, apakah yang akan terjadi sekiranya ekosistem kita semakin terjejas saban hari akibat aktivti seharian kita?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: